SEJARAH
Taman Tenaga
diubuhkan pada tahun 1994. Nama digelar sebagai Taman Tenaga disebabkan pada
dasarnya taman ini ditubuhkan untuk nuklear agensi Malaysia walaupun pada
akhirnya matlamat ini tidak jadi.
PENGENALAN
KEDUDUKAN GEOGRAFI
Taman Tenaga
merupakan kawasan perumahan yang terletak di seluruh Seksyen 5, Kajang. Taman
Tenaga merupakan satu tarikan kepada pelajar asing dan pelajar tempatan untuk
menyewa rumah kerana berdekatan dengan kemudahan seperti Hentian Kajang dan
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Taman Tenaga terletak
di utara Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM). Jarak antara Taman Tenaga
dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hanya 3 km. Satu pangsapuri yang
khas untuk UKM dibina di Taman Tenaga untuk kemudahan komuniti UKM.
Taman Tenaga
dibangunkan berdekatan dengan kawasan perumahan
lain seperti Langat Jaya, Taman Sri Intan , Taman Sri Melor , Taman Sri
Langat dan Taman Kajang Utama. Tambahan pula, ia hanya memerlukan 5 minit
pemanduan untuk sampai ke Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM). Taman Tenaga
juga bersambung dengan Jalan Reko yang boleh menyambung ke Lebuhraya SILK dan
Junction Country Height juga. Taman Tenaga juga mempunyai akses yang mudah ke
Bangi Roundabout, Seksyen 15 Roundabout, dan Lebuhraya Utara -Selatan yang
boleh pergi ke Seremban , Melaka dan Johor Bahru. Penduduk di Taman Tenaga majoriti etnik Melayu. Selain etnik Melyu, juga terdapat buruh asing dari Arab dan Indonesia dan pelajar asing dari China menyewa rumah di Taman Tenaga.
KAWASAN PERUMAHAN
Perumahan Taman
Tenaga adalah jenis pangsapuri dan rumah teres . Kedua-dua bangunan kediaman dibina di atas tanah pegangan bebas. Pangsapuri Taman
Tenaga mempunyai 5 tingkat dan setiap unit pangsapuri mempunyai 3 buah blik
tidur dan 2 buah bilik mandi. Ruangan setiap unit pangsapuri adalah dalam anggaran
900 sf. Sebaliknya, rumah teres yang bertingkat 2 mempunyai ruangan 1400 sf.
Setiap unit dilengkapi dengan 4 bilik tidur dan 3 bilik mandi. Tempat letak
kereta juga disediakan untuk kemudahan penghuni.
![]() |
Rumah teres dua tingkat di Taman Tenaga |
![]() |
Pangsapuri UKM |
KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR
Taman Tenaga
mempunyai kemudahan infrastruktur yang lengkap seperti rumah kedai yang
mempunyai pelbagai jenis bekalan harian untuk penduduk. Contohnya, lobi cuci
baju, kedai makanan Melayu, India dan juga Thai serta klinik pergigian di Taman
Tenaga. Sebuah taman permainan kanak-kanak yang kecil juga didapati di tengah-tengah kawasan perumahan. Taman
permainan ini bersebelahan dengan surau dan penduduk Taman Tenaga boleh menunaikan
solat mereka dan bermain bersama-sama selepas solat. Kedudukan Taman Tenaga berstrategik
kerana ia berdekatan dengan Stesen Petrol Shell, SMK Jalan Reko, SJKT West
Country , Sekolah Menengah Jalan 4 , Pusat Hentian Kajang, Reko Sentral ,
kawasan industri dan kawasan perumahan lain.
![]() |
Padang dan taman permainan |
![]() |
Pasar Mini |
![]() |
Kedai Makan |
AKTIVITI YANG DIJALANKAN
Berdasarkan blog
yang dikemaskini oleh kesatuan Taman Tenaga , boleh dilihat bahawa penduduk
Taman Tenaga mementingkan hubungan erat antara individu dengan keluarga yang
tinggal di Taman Tenaga. Pelbagai acara seperti hari sukan , sesi temu bual
antara pelajar UKM dan Taman Komuniti Tenaga , mesyuarat tahunan dan karnival
bermanfaat telah dijalankan. Perlawanan bola sepak juga dianjurkan pada bulan
lepas bagi mengerat hubungan antara penduduk. Lawatan ahli taman yang sakit,
pasar Ramadhan, jamuan Merdeka Raya juga dijalankan.
Ini adalah video pengenalan taman tenaga: https://youtu.be/syBYMugz0Ug
Casino Del Sol's 'Black Jack' - Dr. MCD
ReplyDeleteand 정읍 출장샵 have 여주 출장안마 a new member as the Black Jack player. The player will be playing 수원 출장안마 in the Black 문경 출장마사지 Jack lobby of the casino where you will find 대구광역 출장마사지 your