Thursday, November 19, 2015

Pengenalan Taman Tenaga



SEJARAH

Taman Tenaga diubuhkan pada tahun 1994. Nama digelar sebagai Taman Tenaga disebabkan pada dasarnya taman ini ditubuhkan untuk nuklear agensi Malaysia walaupun pada akhirnya matlamat ini tidak jadi.


PENGENALAN


KEDUDUKAN GEOGRAFI

Taman Tenaga merupakan kawasan perumahan yang terletak di seluruh Seksyen 5, Kajang. Taman Tenaga merupakan satu tarikan kepada pelajar asing dan pelajar tempatan untuk menyewa rumah kerana berdekatan dengan kemudahan seperti Hentian Kajang dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Taman Tenaga terletak di utara Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM). Jarak antara Taman Tenaga dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hanya 3 km. Satu pangsapuri yang khas untuk UKM dibina di Taman Tenaga untuk kemudahan komuniti UKM.

Taman Tenaga dibangunkan berdekatan dengan kawasan perumahan  lain seperti Langat Jaya, Taman Sri Intan , Taman Sri Melor , Taman Sri Langat dan Taman Kajang Utama. Tambahan pula, ia hanya memerlukan 5 minit pemanduan untuk sampai ke Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM). Taman Tenaga juga bersambung dengan Jalan Reko yang boleh menyambung ke Lebuhraya SILK dan Junction Country Height juga. Taman Tenaga juga mempunyai akses yang mudah ke Bangi Roundabout, Seksyen 15 Roundabout, dan Lebuhraya Utara -Selatan yang boleh pergi ke Seremban , Melaka dan Johor Bahru. Penduduk di Taman Tenaga majoriti etnik Melayu. Selain etnik Melyu, juga terdapat buruh asing dari Arab dan Indonesia dan pelajar asing dari China menyewa rumah di Taman Tenaga.



KAWASAN PERUMAHAN

Perumahan Taman Tenaga adalah jenis pangsapuri dan rumah teres . Kedua-dua bangunan kediaman dibina di atas tanah pegangan bebas. Pangsapuri Taman Tenaga mempunyai 5 tingkat dan setiap unit pangsapuri mempunyai 3 buah blik tidur dan 2 buah bilik mandi. Ruangan setiap unit pangsapuri adalah dalam anggaran 900 sf. Sebaliknya, rumah teres yang bertingkat 2 mempunyai ruangan 1400 sf. Setiap unit dilengkapi dengan 4 bilik tidur dan 3 bilik mandi. Tempat letak kereta juga disediakan untuk kemudahan penghuni.



Rumah teres dua tingkat di Taman Tenaga




Pangsapuri UKM 



KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR

Taman Tenaga mempunyai kemudahan infrastruktur yang lengkap seperti rumah kedai yang mempunyai pelbagai jenis bekalan harian untuk penduduk. Contohnya, lobi cuci baju, kedai makanan Melayu, India dan juga Thai serta klinik pergigian di Taman Tenaga. Sebuah taman permainan kanak-kanak yang kecil juga didapati di  tengah-tengah kawasan perumahan. Taman permainan ini bersebelahan dengan surau dan penduduk Taman Tenaga boleh menunaikan solat mereka dan bermain bersama-sama selepas solat. Kedudukan Taman Tenaga berstrategik kerana ia berdekatan dengan Stesen Petrol Shell, SMK Jalan Reko, SJKT West Country , Sekolah Menengah Jalan 4 , Pusat Hentian Kajang, Reko Sentral , kawasan industri dan kawasan perumahan lain.


Pusat Hentian Kajang

Padang dan taman permainan  

Surau Taman Tenaga

Kedai-kedai yang terdapat di Taman Tenaga:


Pasar Mini 


Kedai Makan 


Klink Pergigian 


Kedai Gunting Rambut

AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Berdasarkan blog yang dikemaskini oleh kesatuan Taman Tenaga , boleh dilihat bahawa penduduk Taman Tenaga mementingkan hubungan erat antara individu dengan keluarga yang tinggal di Taman Tenaga. Pelbagai acara seperti hari sukan , sesi temu bual antara pelajar UKM dan Taman Komuniti Tenaga , mesyuarat tahunan dan karnival bermanfaat telah dijalankan. Perlawanan bola sepak juga dianjurkan pada bulan lepas bagi mengerat hubungan antara penduduk. Lawatan ahli taman yang sakit, pasar Ramadhan, jamuan Merdeka Raya juga dijalankan.



Terdapat beberapa persatuan ditubuhkan di Taman Tenaga. Antaranya Persatuan Penduduk Taman Tenaga Kajang, Persatuan Surau, Persatuan India dan Rukun Tetangga. Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Tenaga Kajang ialah pensyarah UKM iaitu Dr. Ibrahim bin Mohamed. Sebarang masalah mengenai Taman Tenaga boleh menghubunginya atas talian 019-2595191.



Ini adalah video pengenalan taman tenaga: https://youtu.be/syBYMugz0Ug